11/30/2015

5 MAKANAN SUPER YANG DAPAT MENGELAKKAN ARTERI DARIPADA TERSUMBAT

Untuk mendapatkan jantung yang sihat, anda juga perlu mempunyai arteri yang sihat. Arteri merupakan agen yang bertanggungjawab bagi menyalurkan darah kepada tisu badan anda. Jika anda tidak mengambil langkah untuk membersihkan arteri anda, plak akan terhasil dan lama kelamaan akan menjadi tersumbat. Akibatnya, aliran darah akan terhalang. Plak yang hendak dihindari adalah sebenarnya terdiri daripada  kolesterol, lemak, cellular waste, fibrin dan kalsium.

Perkara yang terbaik dalam pembersihan arteri adalah anda hanya perlu mengambil makanan yang sihat. Berikut adalah makanan yang sangat baik untuk arteri dan anda perlu menambah makanan di bawah di dalam diet anda:

1. Bawang putih

Pengambilan bawang putih dalam makanan anda adalah salah satu cara paling mudah untuk membersihkan arteri. Menurut kajian yang diadakan di Jerman, pengambilan bawang putih yang konsisten boleh mencegah pengerasan aorta. Ia juga mengurangkan tahap kolesterol tidak sihat dan memberikan manfaat kepada jantung terutama bagi orang-orang yang lebih berumur.

2. Delima

Ianya adalah makanan eksotik yang terkenal dimana dapat membantu dalam masalah arteri tersumbat seperti yang disahkan oleh kajian tahun 2005 yang disiarkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences. Buah delima mengandungi jumlah polifenol yang tinggi, vitamin C dan juga antioksidan lain. Ia juga membantu dalam merangsang pengeluaran nitrik oksida yang menyebabkan arteri terbuka dan oleh yang demikian menjadikannya lebih mudah untuk darah mengalir.

3. Salmon

Ia merupakan ikan yang mengandungi lemak yang terkenal dengan manfaat kesihatan dimana ia membantu menghilangkan pembentukan plak. Ia mengandungi omega-3 asid lemak, termasuk asid eicosapentaenoic atau EPA dan docosahexaenoic atau DHA. Kedua-duanya boleh meningkatkan kolesterol HDL atau kolesterol sihat di samping mengurangkan paras trigliserida yang berbahaya yang boleh menyebabkan keradangan pada saluran darah.

4. Kunyit

Satu lagi makanan super terkenal adalah kunyit. Ia adalah sejenis rempah yang boleh ditambah di dalam makanan bagi membantu menjaga saluran darah daripada tersumbat. Kunyit kaya dengan curcumin, suatu sebatian yang sangat sihat dan dilengkapi dengan beberapa manfaat termasuk mengurangkan berlakunya keradangan dan kerosakan saluran darah.

5. Minyak Zaitun

Apabila anda membeli minyak zaitun, piliha yang terbaik adalah minyak zaitun extra virgin dimana ia yang amat baik untuk kesihatan jantung. Ia mengandungi antioksidan, terutamanya polifenol yang sangat baik untuk jantung. Apabila digabungkan dengan lemak monotaktepu, minyak zaitun boleh mengurangkan tahap kolesterol tidak sihat sambil meningkatkan jumlah kolesterol yang sihat. Hasilnya, pembentukan plak dalam arteri dapat dikurangkan.

Arteri amat penting untuk jantung dan aliran darah. Sememangnya arteri mempunyai ciri-ciri yang kuat, elastik dan fleksibel. Akan tetapi, deposits boleh membuat ia menjadi keras dan seterusnya menghadkan pengedaran darah yang kaya dengan oksigen ke seluruh badan. Jadi, tambahlah makanan super yang disenaraikan di atas untuk membersihkan arteri anda dan menjaga kesihatan jantung anda pada masa yang sama.


11/26/2015

10 MAKANAN YANG MENCEGAH ARTERI TERSUMBAT

1. Bawang putih
Bawang putih mempunyai sifat mencegah penggumpalan darah (thrombosis) dan mencegah terbentuknya pengerasan dinding pembuluh darah. Kajian menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol.

2. Anggur
Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Flavonoid didapati dapat mencegah pengoksidaan kolesterol jahat yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Ia juga mengurangkan risiko pembentukkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3. Bayam
Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai penghalang tekanan darah tinggi. Bayam juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja menguatkan sistem imun tetapi juga membantu mengekalkan kesihatan secara umum. Lutein juga mampu menjaga kesihatan jantung kerana ia dapat mencegah kolesterol daripada terbentuk pada dinding arteri.

4. Ikan
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa minyak Omega 3, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, menghentikan pemendapan lemak dalam arteri. Asid lemak mampu mengelakkan daripada pembentukan kolesterol daripada menjadi teroksida.

5. Minyak zaitun
Kolesterol yang teroksida akan melekat pada dinding arteri lalu membentuk plak. Lemak monosaturated yang terdapat dalam minyak zaitun apabila bercampur dengan molekul kolesterol akan mengurangkan kadar oksidasi pada kolesterol tersebut.

6. Tomato
Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat pada tomato yang memberi ia warna membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik juga mendapati bahawa wanita dengan lycopene tinggi dalam darah mereka paling sedikit menghidapi masalah arteri tersumbat.

7. Delima
Jus delima bukan sahaja mampu mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi juga boleh menangani masalah ini daripada berlaku. Jus delima yang tinggi kandungan antioksidan, membantu menghalang pengerasan arteri.

8. Kiwi dan Rockmelon
Kiwi dan rockmelon kaya dengan antioksidan berfungsi mengurangkan kolesterol jahat (LDL), yang terbentuk semasa penghasilan plak dalam arteri. Buah ini membantu menghapuskan plak dan mencegahnya daripada merebak. Makan sepotong rockmelon dan sebiji kiwi setiap hari untuk mengelak arteri anda daripada tersumbat.
rockmelon

9. Jus Cranberry
Jus ini bertindak sebagai ‘penyerap lemak’ dalam saluran darah. Jus ini juga meningkatkan keupayaan sel-sel untuk menyerap lemak yang terkumpul di dalam saluran darah dan menukarkan lemak kepada tenaga.


10. Oat
Oat membantu menurunkan tahap kolesterol dalam badan. Kandungan serat larut yang tinggi dalam oat membentuk gel dalam saluran pencernaan untuk mengikat kolesterol yang berlebihan dan lemak dalam perut dan menghalangnya daripada diserap tubuh. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat setiap hari mampu menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%.


www.olivie.ma




11/12/2015

MASALAH BATU KARANG DAN HEMPEDU


Soalan :

Adakah MZ boleh pecahkan batu karang? Ada customer tanya, untuk kes batu karang macam mana kaedah yang betul hendak rawat. Mohon penjelasan dan bagaimana dengan masalah batu karang dalam hempedu?
[PELANGAN]

Jawapan :

JAWAPAN DR. HAFIZAH
( 1 ) Batu karang (batu di saluran kencing): Campurkan air limau nipis/lemon dengan minyak zaitun dan minum sekali sehari dan sepanjang hari minum air lemon+cuka teen. Ini antara remedinya.
Batu hempedu: Amalkan MZ macam biasa dan tukar tabiat pemakanan sihat. Alternatif lain ada pelbagai antaranya cuka teen diminum dengan dos tinggi (4 sudu besar dalam 1 mug air). Kemudian, disusuli dengan jus buah-buahan.

JAWAPAN DR. SALMAN
( 2 ) Rujuk kepada pakar bedah kerana jika saiz batu tersebut besar, maka pembedahan di perlukan. Jika saiznya kecil menurut pakar bedah dan juga selepas pembedahan, amalkan MZ bagi batu pundi hempedu (ia bertindak sebagai cholagogue - mengecutkan pundi hempedu dan mengelakkan pemendakan jus hempedu) dan SCT bagi batu pundi kencing (sifat asidnya meneutralkan air kencing dan menghalang pembentukan batu karang serta melancarkan pengaliran air kencing).

[DR HAFIZAH BINTI AMANULLA / DR SALMAN BIN AMIRUDDI]

012-5951001

ALERGIK PADA KULIT BAYI


Soalan :
Bayi umur 3 bulan, kulit alergik, gatal, sapu MZ atau minum? Yang mana lebih baik?
[PELANGAN]

Jawapan :

JAWAPAN DR HAFIZAH
Bayi umur 3 bulan, sapu MZ seluruh badan dan boleh juga cairkan dengan air sebelum disapu. Ibunya boleh amalkan meminum MZ sekurang-kurangnya, 2 sudu sehari agar khasiat dapat sampai ke bayi melalui penyusuan susu ibu.

JAWAPAN DR SALAMAN
Alergi/Ekzema/Resdung:
Alergi berlaku sebagai tindakbalas tubuh kepada alergeik.Alergik di lihat oleh tubuh sebagai bendasing yg mesti di singkirkan,maka berlakulah kesan sampingan seperti gatal dan bengkak pada sistem yg terlibat.Tiada rawatan bagi penyakit ini dan doktor biasanya memberi ubatan antihistamin bagi mengurangkan tahap histamin yg membawa kepada simptom di atas.
Kandungan oleocanthal di dalam olive oil mempunyai natural anti inflammatory + antioksidan + vitamin E yang menstabilkan sistem imun tubuh agar lebih toleran kepada bahan yg di anggap bendasing tersebut seterusnya mengawal perkembangan alergik. Dari luaran,ianya berfungsi sebagai pelembap kepada kulit yg terlibat dengan ekzema.Bagi bayi,tidak sesuai menyapu secara terus kepada kulit kerana lapisan pelindung yg tidak terbentuk dengan sempurna.Cairkan dengan air sebelum menyapu kepada kulit bayi.Pengambilan juga ialah melalui pemakanan ibu yang akan di rembes melalui susu ibu.
Tambahan untuk dos pengambilan:
Alergi - 1/4 gelas air + 1 sudu olive + 1 sudu madu - guna sebagai losyen dan biarkan kering selama 3 jam sebelum bilas.

11/11/2015

AMALAN HARIAN BUAH TIN

Soalan :
Kenapa buah teen kering perlu jadi amalan harian? Apakah kandungan penting di dalamnya sehingga ia perlu diamalkan setiap hari? Terima kasih.
[PELANGAN]

Jawapan :
Buah teen kering dicadangkan agar diambil setiap hari demi tubuh badan ciptaan Allah ini. Kalau dilihat buah teen ini sangat unik kerana ia mengandungi khasiat buah dan biji..buah-buahan dan biji-bijian yang Allah sebutkan dalam al-Quran. Kedua-duanya ada pada buah Teen dan ianya amat mudah dimakan kalau dibandingkan dengan buah delima yang juga dimakan dengan bijinya (bagi yang boleh).

Jadi secara umumnya, dalam kesibukan harian manusia hari ini, di mana makanan bukanlah sesuatu yang utama harus difikirkan. Mengkomsumsi ( mengambil ) buah teen adalah cukup untuk keperluan tubuhnya kerana bukan sahaja kaya vitamin dan mineral malah juga asid lemak essential dan pelbagai lagi komponen fitokimia.

Ia bukan sahaja makanan malah suatu ubat yang cukup lengkap dengan efek antioksidan, anti kanser, antibakteria, anti fungus, menurunkan gula dalam darah, melindungi hati dari kerosakan, menurunkan paras lemak merbahaya, menurunkan demam dan banyak lagi efek yang sudah pun dikaji. Maka, apakah ini semua menyebabkan anda masih mahu bertanya apakah perlunya mengambil buah teen setiap hari?

Itu baru khasiat buahnya, belum lagi daunnya yang lebih hebat lagi dan untuk pengetahuan anda. Universiti tempatan dan antarabangsa sibuk mengkaji khasiat daun teen yang mampu digunakan untuk penyakit TB (tuberculosis), membunuh virus herpes, merangsang sistem imun dan membantu sistem pembekuan darah.


[DR HAFIZAH BINTI AMANULLA ]

11/09/2015





 MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

Soalan :
Assalamualaikum. Saya nak tanya, ada tak penyelesaian untuk masalah keguguran rambut yang agak teruk sehingga menampakkan kulit kepala? Adakah MZ dan SCT ada khasiat untuk rambut gugur?
[HAMBA ALLAH]

Jawapan :

JAWAPAN DR . SALMAN

Waalaikumsalam. Bisul akar rambut;

Punca penyakit kulit adalah pelbagai dan biasanya diwarisi kerana ianya melibatkan sistem imun yangg terganggu. Bisul akar rambut terjadi disebabkan penyumbatan kelenjar peluh dan serangan kuman kepada peluh yang terperangkap.

( 1 ) Olive oil bertindak sebagai emolient yang melembabkan kulit serta membentuk lapisan pelindung dari sinar UV yang menjadi punca barah kulit. Ianya menghalang radikal bebas dari menyebabkan radang kulit, mengekalkan kolagen dan elastin menyebabkan kulit tegang seterusnya melambatkan proses penuaan.

Fig vinegar dengan kemampuan antimikrobial membunuh kuman dan kulat yang boleh menyerang kulit. Ia juga memecahkan molekul peluh dan menghalang dari berkumpul pada akar rambut. Seterusnya, fig vinegar menstabilkan kadar asid-alkali kulit yang menghalang penyakit kulit sedia ada dari merebak.

Cara penggunaan: Campurkan fig vinegar,madu,tanah liat, sapu,balut dan biar sepanjang malam. Juga boleh direndam anggota badan yang terlibat di dalam fig vinegar selama 5 minit

JAWAPAN DR . HAFIZAH

( 2 ) Minyak Zaitun memang terbaik untuk rambut gugur. Minum 2 sudu pagi dan malam (boleh dinaikkan dos ikut kesesuaian). Letakkan MZ dikulit kepala sebelum tidur setiap malam. InsyaAllah, selagi pengharapan pada Allah itu sentiasa ada maka Allah takkan mensia-siakan doa hambaNya.
[DR SALMAN AMIRUDDIN / DR HAFIZAH BINTI AMANULLA]





Cara untuk memesan Olive House

SMS ke 0125951001 ( tsolivehouse )