Soalan :
Kenapa buah teen kering perlu jadi amalan harian? Apakah
kandungan penting di dalamnya sehingga ia perlu diamalkan setiap hari?
Terima kasih.
[PELANGAN]
Jawapan :
Buah teen kering dicadangkan agar diambil setiap hari demi tubuh
badan ciptaan Allah ini. Kalau dilihat buah teen ini sangat unik kerana
ia mengandungi khasiat buah dan biji..buah-buahan dan biji-bijian yang
Allah sebutkan dalam al-Quran. Kedua-duanya ada pada buah Teen dan ianya
amat mudah dimakan kalau dibandingkan dengan buah delima yang juga
dimakan dengan bijinya (bagi yang boleh).
Jadi secara umumnya, dalam kesibukan harian manusia hari ini, di mana
makanan bukanlah sesuatu yang utama harus difikirkan. Mengkomsumsi (
mengambil ) buah teen adalah cukup untuk keperluan tubuhnya kerana bukan
sahaja kaya vitamin dan mineral malah juga asid lemak essential dan
pelbagai lagi komponen fitokimia.
Ia bukan sahaja makanan malah suatu ubat yang cukup lengkap dengan efek
antioksidan, anti kanser, antibakteria, anti fungus, menurunkan gula
dalam darah, melindungi hati dari kerosakan, menurunkan paras lemak
merbahaya, menurunkan demam dan banyak lagi efek yang sudah pun dikaji.
Maka, apakah ini semua menyebabkan anda masih mahu bertanya apakah
perlunya mengambil buah teen setiap hari?
Itu baru khasiat buahnya, belum lagi daunnya yang lebih hebat lagi dan
untuk pengetahuan anda. Universiti tempatan dan antarabangsa sibuk
mengkaji khasiat daun teen yang mampu digunakan untuk penyakit TB
(tuberculosis), membunuh virus herpes, merangsang sistem imun dan
membantu sistem pembekuan darah.
[DR HAFIZAH BINTI AMANULLA ]

No comments:
Post a Comment